AM

KETUA MENTERI PULAU PINANG BERCUTI MULAI HARI INI HINGGA 6 DIS

30/11/2024 12:57 PM

GEORGE TOWN, 30 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis, menurut kenyataan pejabat Ketua Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan Chow akan melawat beberapa bandar dalam wilayah Guandong, termasuk Shenzhen, Huizhou dan Guangzhou.

“Semasa lawatan itu, Ketua Menteri juga dijangka bertemu pemain industri utama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam reka bentuk AI.

“Sepanjang ketiadaan Ketua Menteri, urusan pentadbiran negeri akan terus berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan