KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.45 pagi, kontrak Disember 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,613.5, Januari 2025 mengukuh 7.0 mata kepada 1,618.5, Mac 2025 naik 6.0 mata kepada 1,603.0 dan Jun 2025 menambah 3.06 mata kepada 1.606.
Jumlah dagangan sebanyak 1,086 lot dengan kepentingan terbuka pada 34,729 kontrak.
Pada 9.45 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 7.28 mata kepada 1,614.24 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA