EKONOMI

IPP MALAYSIA NAIK KEPADA 2.1 PERATUS PADA OKTOBER 2024 - JABATAN PERANGKAAN

10/12/2024 02:44 PM

Kuala Lumpur, 10 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia naik kepada 2.1 peratus tahun ke tahun pada Julai 2023, dirangsang oleh pertumbuhan keluaran yang stabil dalam sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata IPI mengekalkan pertumbuhan positif pada Oktober 2024 walaupun pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.1 peratus selepas mencatatkan 2.3 peratus pada bulan sebelumnya.

"Peningkatan itu diterajui oleh sektor pembuatan yang berkembang sebanyak 3.3 peratus, meningkat daripada 3.2 peratus pada September 2024 dan melonjak 2.5 peratus dalam pengeluaran elektrik (September 2024: 3.9 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. .

Bagaimanapun, pengeluaran sektor perlombongan merosot sebanyak 2.8 peratus lagi berbanding pertumbuhan negatif 2.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, IPP menokok 1.7 peratus daripada negatif 0.7 peratus pada September 2024," katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir dalam kenyataan berasingan mengenai statistik pembuatan Oktober berkata jualan daripada sektor itu meningkat sebanyak 3.0 peratus tahun ke tahun untuk mencecah RM161.3 bilion pada Oktober 2024.

“Sektor ini meneruskan momentum positifnya dengan nilai jualan RM161.3 bilion pada Oktober 2024, mencerminkan pertumbuhan 3.0 peratus, naik berbanding peningkatan 2.9 peratus pada bulan sebelumnya,” kata kenyataan itu.

Pertumbuhan itu didorong kebanyakannya oleh kenaikan 11.2 peratus yang kukuh dalam subsektor makanan, minuman dan tembakau berikutan kenaikan 5.6 peratus pada September 2024.

"Selain itu, pertumbuhan berkenaan disokong oleh kenaikan 3.2 peratus dalam subsektor produk elektrik dan elektronik dan 4.4 peratus dalam subsektor produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka," katanya.

Pada asas bulan ke bulan, nilai jualan turun sebanyak 0.6 peratus daripada RM162.3 bilion pada September 2024.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan