DUNIA

KONTRAK NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH PADA AWAL DAGANGAN

17/12/2024 10:35 AM

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah semasa awal dagangan pada Selasa.

Pada pukul 9.27 pagi, kontrak Disember 2024 turun 1.5 mata kepada 1,605.5 dan kontrak Mac 2025 susut 2.0 mata kepada 1,592.5.

Januari 2025 dan Jun 2025 masing-masing kekal tidak berubah pada 1,610.5 dan 1,601.0.

Jumlah dagangan mencecah 608 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 36,741 kontrak.

Pada pukul 9.44 pagi, FBM KLCI yang menjadi penanda aras susut 1.69 mata kepada 1,605.16 daripada 1,606.85 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan