ALOR SETAR, 19 Dis (Bernama) -- Kedah Darul Aman (KDA) FC menafikan dakwaan bahawa pasukan itu menghantar surat mengenai hasrat untuk menarik diri daripada saingan Liga Super dan beralih ke saingan Liga A1 Semi-Pro.
KDA FC dalam satu kenyataan memaklumkan pihak pengurusan kelab memohon agar pihak yang telah menyebarkan maklumat palsu tersebut supaya memohon maaf kerana ia telah menjatuhkan reputasi kelab.
"Semua pihak, termasuk media semasa atau pihak wartawan lebih sensitif dalam memberi kenyataan supaya tidak cenderung ke arah menyebarkan maklumat palsu dan mencipta persepsi tidak baik kepada kelab," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA