DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

19/12/2024 09:23 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).  

Kontrak semerta Disember 2024 menurun kepada US$2,621.30 setiap auns troy daripada US$2,650.60 setiap auns troy pada Rabu, manakala Januari 2025 merosot kepada US$2,634.40 setiap auns troy daripada US$2,663.70 setiap auns troy pada Rabu.

Manakala kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 ditutup rendah masing-masing kepada US$2,644.60 setiap auns troy daripada US$2,673.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 57 lot daripada enam lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 75 kontrak daripada 21 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 18 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,635.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan