JENAYAH & MAHKAMAH

BAPA BAYI TERJATUH KATIL BUAT LAPORAN POLIS

26/12/2024 05:25 PM

KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang bapa yang mendakwa bayi perempuannya terjatuh dari katil bayi ketika anaknya baru berusia dua hari, bulan lepas. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata laporan kali kedua itu diterima pihaknya tengah hari tadi daripada Muhammad Syarifuddin Manan.

“Memang hari ini ada terima laporan daripada bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anaknya. Laporan kali ini lebih kepada tindakan sivil ke atas pengurusan sebuah hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Dalam kejadian pada 17 Nov itu, Muhammad Syarifuddin, 24, mendakwa bayinya terjatuh ketika proses bagi mendapatkan rawatan jaundis.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan