AM

BALIK KAMPUNG SEMATA-MATA UNTUK SERTAI ‘FUN RUN’

27/12/2024 05:52 PM

BATU PAHAT, 27 Dis (Bernama) -- Minat yang mendalam terhadap aktiviti larian membuatkan penuntut di sebuah universiti Najwa Natasya Mohd Hisham sangggup pulang ke kampung bagi menyertai Southern Volunteers Fun Run 2024.

Pelajar itu berkongsi minat dengan ibunya, Sarizai Japeri, 45, selain turut mempunyai kumpulan yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Santai Run’. 

“Bagi saya dan kumpulan ‘Santai Run’ ini, sasaran kami untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti larian setiap bulan, itulah cara kami untuk mengekalkan kesihatan serta mengamalkan cara hidup sihat.

“Sejak 2018, saya bersama ibu telah menyertai lebih 20 aktiviti larian di sekitar daerah di sini … ,” katanya ketika ditemui Bernama di Dataran Penggaram di sini hari ini.

Larian itu diadakan bersempena Program Hari Bebas Kenderaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Yok Mangan dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Neger Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar@Jaafar di sini hari ini. Turut hadir Yang Dipertua MPBP Ezahar Abu Sairin.

Mengulas mengenai Program Hari Bebas Kenderaan pula Ezahar berkata ia bertujuan menjadikan MPBP sebagai perbandaran mampan dan inklusif 

“Sehubungan itu, MPBP menetapkan Batu Pahat sebagai sebuah bandar berstatus Bandar Pintar dan Rendah Karbon (BP2030) pada 2030,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan