JENAYAH & MAHKAMAH

PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM, SUBSTESEN PULAU SIBUAN DITUTUP SEMENTARA

07/01/2025 09:08 PM

SEMPORNA, 7 Jan (Bernama) -- Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran di bawah Taman-Taman Sabah ditutup sementara susulan penemuan objek disyaki bom daripada perang dunia kedua, di sini hari ini.

"Penutupan sementara itu bermula pada 12.30 tengah hari, segala kesulitan berhubung perkara ini adalah sangat dikesali," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Taman-Taman Sabah (Sabah Parks).

Taman-Taman Sabah turut memaklumkan kawasan terbabit dalam keadaan selamat ketika ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan