DUNIA

KONTRAK NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH PADA AWAL DAGANGAN

08/01/2025 11:04 AM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah semasa awal dagangan pada Rabu.

Pada pukul 9.45 pagi, Januari 2025 turun satu mata kepada 1,629.0 dan Februari 2025 menguncup 2.5 mata kepada 1,632.0 manakala Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing kurang 1.5 mata kepada 1,616.0 dan 1,621.0.

Jumlah dagangan mencecah 890 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 37,355 kontrak.

Selepas 47 minit dagangan, FBM KLCI yang menjadi penanda aras turun 0.23 mata kepada 1,629.56 daripada 1,629.79 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan