AM

BANTUAN PERMAI: 15 PELAJAR UITM SARAWAK TERIMA BANTUAN KOMPUTER RIBA

09/01/2025 07:13 PM

KOTA SAMARAHAN, 9 Jan (Bernama) -- Seramai 15 orang pelajar dari golongan miskin dan miskin tegar yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak terpilih untuk menerima Bantuan Peranti MADANI (PERMAI).

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata sumbangan berbentuk komputer riba itu disifatkan mampu membolehkan pelajar dari kumpulan sasar memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran, seterusnya mengubah nasib dan masa depan mereka.

"Sumbangan ini adalah dari rakan strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) iaitu Bank Muamalat.

"Usaha syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  ini mampu membantu usaha kerajaan bagi membasmi masalah kemiskinan dalam negara," katanya kepada pemberita selepas majlis Program Didik Kasih MADANI (dKasih) PERMAI di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 di sini hari ini.

Beliau berkata Program (dKasih) PERMAI merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Kesejahteraan Rakyat MADANI yang bertujuan memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan