BEIJING, 21 Jan (Bernama-CMG) -- Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-19 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) buat kali kedua pada 1.12 pagi Selasa waktu Beijing, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).
Dengan kerjasama dan sokongan lengan mekanikal serta penyelidik di Bumi, angkasawan Cai Xuzhe, Song Lingdong dan Wang Haoze menjalankan EVA selama lapan setengah jam, menyelesaikan beberapa misi seperti pemasangan peranti perlindungan serpihan stesen angkasa lepas dan pemeriksaan peralatan dan kemudahan luaran.
Cai dan Song yang menjalankan misi di luar kenderaan telah selamat kembali ke modul eksperimen Wentian.
Sehubungan itu, kru Shenzhou-19 akan meneruskan misi bagi separuh kedua mereka, menjalankan eksperimen saintifik dan ujian teknikal di orbit.
--BERNAMA-CMG