KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Bursa Malaysia Derivatives susut pada awal dagangan Khamis.
Pada jam 9.39 pagi ini, Januari 2025, Februari 2025 dan Mac 2025 turun 9.5 mata masing-masing kepada 1,572.0, 1,575.5 dan 1,557.5 manakala Jun 2025 merosot 6.0 mata kepada 1,569.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,689 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 39,386 kontrak.
Penanda utama FBM KLCI berkurangan 7.84 mata kepada 1,579.96 selepas satu jam 20 minit dagangan dijalankan berbanding 1,587.80 dicatatkan pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA