AM

BANJIR SARAWAK: MANGSA DI PPS TATAU MENINGKAT KEPADA 34 ORANG

26/01/2025 08:29 PM

KUCHING, 26 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan, dengan 34 orang daripada 13 keluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan, kesemua mangsa adalah dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di daerah berkenaan.

Dalam pada itu, jawatankuasa berkenaan juga sedang memantau keadaan peningkatan paras air di Kampung Baru dan Kampung Dagang di Tatau.

Trend paras air meningkat juga dilaporkan berlaku di 24 lokasi pemantauan di daerah Julau, Selangau dan Matu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan