BEIJING, 27 Jan (Bernama-CMG) -- Sesi raptai kelima Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung dengan jayanya pada Ahad.
Pelbagai persembahan menarik seperti nyanyian, tarian, sketsa komedi, opera klasik, wusyu dan silap mata disisipkan dalam gala malam itu, dengan susunan program saling melengkapi di lokasi penganjuran utama dan empat lokasi sampingan iaitu Chongqing, Wuhan, Lhasa dan Wuxi.
Dengan menggabungkan elemen tradisional dan moden, gala berkenaan mengetengahkan pelbagai cara pementasan penuh artistik dan inovatif sekali gus memeriahkan suasana sambutan perayaan TBC.
Pada pukul 8 malam 28 Jan, Gala TBC anjuran CMG akan menghidangkan temasya budaya yang penuh gilang-gemilang kepada penonton seluruh dunia untuk bersama-sama menyambut Tahun Ular yang penuh harapan.
-- BERNAMA-CMG