DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

27/01/2025 08:36 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan momentum penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak semerta Januari 2025 merosot kepada US$2,761.60 setiap auns troy daripada US$2,777.00 ketika ditutup minggu lepas, dan Februari 2025 menurun kepada US$2,770.00 daripada US$2,785.90 sebelumnya.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 ditutup rendah kepada US$2,778.50 setiap auns troy daripada US$2,794.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menyusut kepada 30 lot daripada 60 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47 kontrak daripada 85 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 24 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,776.80 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan