KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas perdagangan menjadi lemah menjelang cuti Tahun Baru Cina, walaupun pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pergerakan bermomentum positif di Amerika Syarikat, menurut seorang penganalisis.
Kontrak bulan semerta Januari 2025 merosot kepada US$2,745.70 setiap auns troy daripada US$2,761.60 yang dicatatkan padai Isnin dan Februari 2025 susut kepada US$2,754.10 setiap auns troy berbanding US$2,770.00 sebelum ini.
Kontrak Mac 2025, April 2025 serta Jun 2025 ditutup tidak bermaya pada US$2,762.60 setiap auns troy daripada US$2,778.50.
Jumlah dagangan jatuh kepada 17 lot daripada 30 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 43 kontrak daripada 47 sebelum ini.
Berdasarkan London Bullion Market Association pada 27 Januari, harga emas fizikal berada pada US$ 2,742.40 setiap auns troy.
-- BERNAMA