AM

FAHMI FADZIL UCAP SELAMAT TAHUN BAHARU CINA, HARAP KEGEMBIRAAN DAN KEMAKMURAN

28/01/2025 11:50 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan meraikan perayaan itu esok.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berharap agar tahun baharu ini membawa kebahagiaan kepada semua, serta rezeki dan kemakmuran yang melimpah ruah.

Tahun Ular Kayu pada 2025 adalah tahun kedua dalam kitaran feng shui yang berlaku sekali dalam tempoh 180 tahun, dan ia dijangka membawa kegembiraan, tenaga positif dan kemakmuran berlipat ganda.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan