AM

KERAJAAN AMBIL KIRA PANDANGAN SEMUA SEKTOR PACU PERTUMBUHAN NEGARA - PM ANWAR

03/02/2025 03:30 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan akan mengambil serius pandangan daripada semua sektor bagi memacu pertumbuhan yang lebih baik untuk Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga selaras dengan tumpuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang penting di rantau ini dan pelaburan dalam pelbagai bidang termasuk tenaga dan digital.

“Pemimpin-pemimpin Kabinet umpamanya mesti mengambil sikap terbuka, keluar daripada pemikiran kepompong lama, apa sahaja yang boleh menjadikan Malaysia negara maju, tidak ketinggalan, kita mesti cari jalan.

“Seperti saya sering tekankan, kita tidak punyai semua jawapan, maka kita harus manfaatkan golongan akademik dan pakar-pakar,” katanya pada Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM), di sini hari ini.

Turut hadir menteri dan timbalan menteri serta Presiden ACCCIM Datuk Ng Yih Pyng.

-- BERNAMA 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan