KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 susut 3.5 mata kepada 1,553.5, Mac 2025 turun 5.5 mata kepada 1,534.0, Jun 2025 berkurangan 7.5 mata kepada 1,541.5 dan September 2025 berada pada 1,527.5.
Jumlah dagangan turun kepada 11,788 lot daripada 13,946 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,847 kontrak daripada 47,219 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 3.29 mata atau 0.21 peratus kepada 1,553.63 daripada paras penutup pada Jumaat.
-- BERNAMA