JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS SERAH KERTAS SIASATAN ISU HAM KEPADA AGC KHAMIS INI

04/02/2025 06:40 PM

PETALING JAYA, 4 Feb (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kenyataan menyentuh sensitiviti agama berkaitan isu ham, akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) Khamis ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan tersebut mengambil masa, disebabkan polis memerlukan kerjasama daripada pihak lain untuk melengkapkannya.

“Kita memerlukan laporan forensik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sebab itu siasatan mengambil sedikit masa. Kita akan lengkapkan siasatan dan akan rujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) Khamis ini,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin mengulas dakwaan netizen yang mempersoalkan siasatan terhadap Harith Iskander dan Cecelia Yap Song mengambil masa lama, berbanding kes ugutan jenayah terhadap pelawak terbabit. 

Sebelum ini, media melaporkan polis mengambil keterangan Harith dan terbabit selepas didakwa memuat naik hantaran semasa kontroversi sandwic ham and cheese yang dikatakan diragui status halalnya baru-baru ini.

Cecelia juga didakwa menimbulkan kontroversi berhubung isu sama.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan