AM

PM ANWAR LAWAT BATU CAVES ESOK, TINJAU PERSIAPAN THAIPUSAM - RAMANAN

06/02/2025 10:11 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata lawatan bersejarah Anwar itu juga bagi meninjau persiapan perayaan berkenaan di kuil Batu Caves.

Ramanan yang juga dipertanggungjawab untuk hal ewal komuniti India berkata Perdana Menteri telah memaklumkan hasrat untuk mengadakan lawatan itu kepada beliau, petang semalam.

"Perdana Menteri maklum kepada saya mahu melihat perkembangan semasa menjelang sambutan Thaipusam, di samping dapat meluangkan masa bersama komuniti India.

"Beliau cukup teruja dapat turun padang ke Batu Caves tahun ini bersama komuniti India," kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan