DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

07/02/2025 10:39 AM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.21 pagi, kontrak Februari 2025 susut 6.0 mata kepada 1,577.50, Mac 2025 rendah 6.5 mata kepada 1,558.0 manakala kontrak Jun 2025 dan September 2025 masing-masing tidak berubah pada 1,569.0 dan 1,577.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,843 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,795 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI rendah 0.79 mata kepada 1,584.38 daripada 1,585.17 semasa ditutup semalam selepas 39 minit dagangan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan