KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal dagangan Jumaat.
Pada 9.24 pagi ini, Februari 2025 jatuh 5.0 mata kepada 1,594.0, Mac 2025 susut 3.5 mata kepada 1,575.0, Jun 2025 merosot 2.5 mata kepada 1,580.5, manakala September 2025 tidak berubah pada1,570.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,106 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,959 kontrak.
Bagaimanapun, indeks petunjuk utama FBM KLCI melonjak 1.51 mata kepada 1,539.79 selepas 24 minit dagangan dijalankan pada pagi ini.
-- BERNAMA