KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.
Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, beliau berharap agar Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada umat Islam agar segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima-Nya.
“Sama-samalah kita perbaiki amal ibadah dan jauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu,” katanya dalam hantaran media sosial.
Umat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah puasa esok.
-- BERNAMA