KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Kontrak bulan semerta Mac 2025 turun 16.5 mata kepada 1,532.0, April susut 17.0 mata kepada 1,534.5, manakala Jun 2025 dan September 2025 berkurangan 16.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,537.0 dan 1,524.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,574 lot daripada 6,841 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 39,176 kontrak daripada 39,368 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 15.73 mata atau 1.0 peratus kepada 1,555.66 daripada paras 1,571.39 pada Isnin.
-- BERNAMA