DUNIA

TRUMP TANGGUH TARIF AUTOMOBIL DARI KANADA, MEXICO SELAMA SEBULAN 

06/03/2025 03:26 PM

WASHINGTON, 6 Mac (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas kenderaan dari Kanada dan Mexico selama sebulan sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan ketua tiga pengeluar kereta terbesar AS pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA). 

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata Trump membuat keputusan itu atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat-syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan." 

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dasar tarif yang lebih luas terhadap negara lain di seluruh dunia akan tetap berkuat kuasa seperti yang dirancang pada 2 April. 

“Beliau memberitahu mereka untuk bertindak segera, mula melabur, memindahkan pengeluaran ke Amerika Syarikat, supaya mereka tidak perlu membayar tarif. Itulah matlamat utama,” katanya. 

Saham ketiga-tiga syarikat didagangkan lebih tinggi pada petang Rabu selepas pengesahan Rumah Putih.

-- BERNAMA-ANADOLU 

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan