AM

85 PERATUS TIKET BALIK RAYA BAS E-MUTIARA 26 HINGGA 30 MAC HABIS DIJUAL

06/03/2025 06:38 PM

KOTA BHARU, 6 Mac (Bernama) -- Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 85 peratus iaitu 16,545 tiket bas ekspres menjelang Hari Raya Aidilfitri, bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan pada 26 hingga 30 Mac depan.

Pengerusi Eksekutifnya Che Ibrahim Che Ismail berkata bagaimanapun pihaknya akan menambah tiga perjalanan tambahan lagi pada tempoh berkenaan.

“Perkhidmatan bas ini akan beroperasi 46 perjalanan sehari ke Kelantan bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan, termasuk 20 bas eksekutif bagi laluan Lembah Klang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 315 asnaf di pejabat E-Mutiara, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya setakat ini mempunyai 66 bas ekspres bagi perjalanan ke seluruh negara, dengan perjalanan terbanyak ialah laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan