AM

MARRYBROWN SAMBUT KETIBAAN RAMADAN DENGAN MENU 'RIANG RAMADAN RAYA'

06/03/2025 09:44 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) terbesar di Malaysia, Marrybrown kembali dengan menu istimewa ‘Riang Ramadan Raya’ sempena Ramadan ini yang tersedia di seluruh negara untuk tempoh terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Daniel Chan berkata menu istimewa itu disajikan dengan Sambal Ayam Penyet istimewa Marrybrown sebagai tarikan hidangan utama yang pastinya menambah kelazatan pada setiap hidangan dan menjadikannya pilihan sempurna untuk berbuka puasa.

"Pada bulan Ramadan, ramai yang menginginkan hidangan pedas dan berperisa untuk juadah berbuka.

"Kami telah mencipta Sambal Ayam Penyet istimewa ini untuk memenuhi cita rasa tersebut selain menyediakan hidangan yang berkhasiat lagi mengenyangkan bagi mereka yang berpuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi penggemar makanan pedas, pilihan yang menarik dalam menu ‘Riang Ramadan Raya’ ialah Kombo Nasi Ayam Penyet (harga bermula dari RM17.50), Kombo Ayam Penyet Burger (dari RM17.30), Pai Strawberi Kastard (RM4.99), Ayam Penyet Box Meal (dari RM27.90) dan MB Meriah Bucket (dari RM45.90).

Marrybrown turut memperkenalkan ‘Buka Puasa di Marrybrown’ iaitu perkhidmatan tempahan prapesanan yang membolehkan pelanggan mengelakkan kesesakan waktu puncak dan merancang sesi berbuka puasa dengan lebih mudah dan efisien. 

"Sebagai jenama tempatan yang telah lama berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami komited untuk terus menyediakan hidangan ‘Memang Best’ yang dapat menyatukan masyarakat.

"Dengan menu Riang Ramadan Raya dan perkhidmatan pratempahan ini, kami berharap dapat mempermudah urusan berbuka puasa bagi komuniti Islam di negara ini," kata Chan. 

Marrybrown kini beroperasi di lebih 600 lokasi di 16 negara dengan mengekalkan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Bagi maklumat lanjut mengenai promosi dan perkhidmatan penghantaran, layari laman web https://marrybrown.com/ dan platform media sosial Marrybrown.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan