KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.30 pagi, kontrak Mac 2025 merosot 19.50 mata kepada 1,494.0, April 2025 berkurangan 21.0 mata kepada 1,495.0, Jun 2025 merosot 18.50 mata kepada 1,499.50 dan September 2025 jatuh 25.0 mata kepada 1,480.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,371 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,176 kontrak.
Pada 9.48 pagi, FBM KLCI tutun 16.58 mata kepada 1,519.88 daripada 1,536.46 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA