DUNIA

“TAIWAN, PROVINSI DARI CHINA”, TERCATAT DALAM DOKUMEN PBB

11/03/2025 02:23 PM

BEIJING, 11 Mac (Bernama-CMG) -- Pejabat Urusan Perundangan Sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pendapat perundangannya menegaskan "PBB menganggap Taiwan sebagai satu provinsi dari China dan ia tidak mempunyai kedudukan berasingan".

Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning pada Isnin berkata ini adalah pendirian konsisten PBB sebagaimana yang telah dicatat dalam dokumen undang-undang pertubuhan itu.

Mao berkata resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB pada 1971 juga mengesahkan bahawa hanya ada satu China di dunia dan Taiwan adalah sebahagian daripada China, bukan sebuah negara.

Ketika menjawab pertanyaan mengenai Taiwan pada sidang media sempena “Dua Sidang” pada 7 Mac, Menteri Luar China Wang Yi berkata bahawa satu-satunya sebutan bagi wilayah Taiwan di PBB adalah “Taiwan, Provinsi dari China.”

Sementara itu, kerusi China di PBB hanya satu dan Kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya wakil yang sah.

Untuk mematuhi prinsip dokumen perundangan itu, PBB dan jabatannya menyebut Taiwan sebagai “Taiwan, Provinsi dari China".

-- BERNAMA-CMG 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan