DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH SEIRING PENURUNAN DI PASARAN TUNAI

11/03/2025 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 turun 17 mata setiap satu masing-masing kepada 1,496.0 dan 1,498.5, manakala April 2025 susut 17.5 mata kepada 1,498.5. September 2025 berkurangan 18 mata kepada 1,487.0.  

Jumlah dagangan turun kepada 8,079 lot daripada 15,583 pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 46,951 kontrak daripada 50,468 kontrak.  

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 16.31 mata atau 1.06 peratus kepada 1,520.15 daripada paras penutup 1,536.46 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan