AM

BANJIR DI SABAH SEMAKIN PULIH

11/03/2025 08:52 PM

KOTA KINABALU, 11 Mac (Bernama) -- Situasi banjir di Sabah semakin pulih dengan semua tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sook ditutup dan daerah berkenaan pulih daripada banjir malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir berlindung di 21 PPS di Sabah turun mendadak kepada 3,114 orang daripada 1,061 keluarga pada 8 malam ini, berbanding 4,530 orang daripada 1,488 keluarga tengah hari tadi.

Mangsa banjir paling ramai direkodkan di Beaufort dengan 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS, diikuti Membakut (881 orang daripada 295 keluarga di lima PPS), dan Tenom (514 orang daripada 210 keluarga di sembilan PPS).

"Sebanyak 36 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan