AM

PUSAT SEHENTI DIGITAL, PORTAI RAI DILANCAR BAGI KEPERLUAN BUKAN WARGANEGARA

17/06/2025 09:58 PM

SEPANG, 17 Ju(Bernama) -- Seiring dengan iltizam menerajui transformasi digital negara, Jabatan Digital Negara (JDN) hari ini melancarkan Portal RAI, segmen khusus dalam Portal MyGovernment yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan bukan warganegara Malaysia.

Portal RAI berfungsi sebagai pusat sehenti digital dengan maklumat dan perkhidmatan yang diselaraskan mengikut tujuan individu yang mengakses portal berkenaan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata portal itu merupakan simbol komitmen negara dalam menjadikan digitalisasi sebagai pemacu kepada pembangunan yang inklusif.

“Sebagai pusat sehenti digital, portal ini dibangunkan khusus untuk bukan warganegara yang ingin berurusan dengan kerajaan Malaysia, sama ada bagi tujuan lawatan, pendidikan mahupun pelaburan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal itu di sini hari ini.

Portal yang boleh diakses menerusi laman sesawang www.rai.gov.my itu menghimpunkan maklumat daripada pelbagai agensi, antaranya berkaitan imigresen, pengangkutan dan kesihatan.

Portal berkenaan yang boleh diakses menerusi www.rai.gov.my itu mengumpulkan maklumat daripada pelbagai agensi antaranya berkenaan imigresen, pengangkutan, dan kesihatan. 

Justeru, Gobindsaskan maklum balas yang diterima daripada pengguna.

Maklumat dan pe berharap semua agensi pemilik maklumat dan perkhidmatan sentiasa menambah baik kandungan dalam portal berkenaan dan memperkukuh kerjasama berarkhidmatan disusun mengikut enam kluster utama iaitu Enter (maklumat kemasukan ke Malaysia, Visit (panduan pelancongan dan visa), Study (peluang pendidikan), Work (maklumat permit dan pekerjaan), Live (perkhidmatan harian dan kehidupan di Malaysia) dan Invest (peluang pelaburan dan insentif kerajaan).

Sementara itu, Ketua Pengarah JDN Nik Zalbiha Nik Mat berkata pelancaran portal itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk mengarusperdanakan pendigitalan dalam sektor awam, selaras dengan aspirasi yang digariskan di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (D4IRN).

“Di bawah RTEDM, antara teras utamanya ialah mewujudkan sebuah kerajaan digital yang berteraskan kecekapan, kebolehpercayaan dan keterangkuman. Portal ini adalah salah satu langkah nyata dalam memastikan kerajaan bukan sahaja responsif terhadap keperluan pelanggan, malah proaktif dalam memacu inovasi dan keterbukaan data,” katanya.

D4IRN pula menekankan penggunaan teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan, analitik data raya dan Internet Kebendaan (IoT) dan portal dibangunkan dengan pendekatan serasi dengan prinsip IR4.0, termasuk kebolehan integrasi merentas sistem agensi, penggunaan teknologi pintar dan tumpuan kepada reka bentuk berpusatkan pelanggan.

Katanya, portal itu akan berperanan penting dalam mempromosikan Malaysia di arena global dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong, pelabur dan bakat antarabangsa.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan