AM

TADIKA MUSNAH 70 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI PONTIAN

18/06/2025 06:38 PM

PONTIAN, 18 Jun (Bernama) -- Sebuah tadika di Jalan Mohd Salleh, Kampung Dalam di sini musnah 70 peratus dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Kanan I KUP Julia Sani dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.46 petang sebelum 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian dan BBP Pontian Baru bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata dua jentera FRT dan sebuah EMRS tiba di lokasi dua minit kemudian dan pihaknya mendapati tadika yang terdiri daripada bangunan kekal berkeluasan 40x80x12 kaki itu telah 70 peratus terbakar.

“Anggota bertugas kemudian bertindak memadam kebakaran yang berlaku serta mendapati tiada mangsa yang terlibat kerana sesi persekolahan telah tamat.

“Kebakaran ini disedari oleh orang ramai yang melalui kawasan tadika berkenaan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan