BERLIN, 20 Jun (Bernama-TASS) -- Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan meneruskan pemeriksaan di Iran mengikut Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan, kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi, menurut laporan TASS.
“Agensi ini kekal dan akan terus berada di Iran. Pemeriksaan pematuhan akan diteruskan seperti yang ditetapkan dalam kewajipan keselamatan di bawah Perjanjian NPT, sebaik keadaan keselamatan dan perlindungan membenarkan,” menurut kenyataan Grossi yang dipetik perkhidmatan media IAEA.
Israel mula melancarkan serangan udara terhadap Iran pada 13 Jun lalu, menyasarkan beberapa lokasi termasuk berkaitan program nuklear negara itu, yang kemudian mencetuskan serangan balas oleh Tehran.
-- BERNAMA-TASS