AM

AGONG BERKENAN TERIMA MENGHADAP PM ANWAR

22/06/2025 12:28 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam di Istana Bukit Tunku, di sini.

“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan