LAUSANNE, 23 Jun (Bernama-Xinhua) -- Kirsty Coventry dari Zimbabwe mengambil alih jawatan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) daripada Thomas Bach pada Isnin dalam satu majlis serah terima tugas di ibu pejabat IOC di Lausanne, Switzerland, lapor Xinhua.
Bekas juara renang Olimpik berusia 41 tahun yang kini presiden ke-10 IOC, merupakan wanita pertama dan rakyat Afrika pertama memimpin badan sukan global itu dalam sejarah 131 tahun penubuhannya.
Presiden sebelum ini, Bach turut memberi penghormatan kepada pengasas IOC Pierre de Coubertin pada majlis berkenaan.
-- BERNAMA-XINHUA