AM

MAAL HIJRAH: FAHMI AJAK UMAT ISLAM BUKA LEMBARAN BAHARU, TEKAD SUMBANG KEBAIKAN

26/06/2025 09:58 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Umat Islam di negara ini perlu menjadikan tahun baharu Hijrah sebagai titik tolak penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata tahun baharu ini juga perlu disertakan dengan keinsafan dan keazaman untuk memperkukuh iman dan amalan.

“Marilah kita buka lembaran baharu dengan semangat yang segar, hati yang bersih dan tekad untuk terus menyumbang kepada kebaikan diri, keluarga, negara dan masyarakat.

"Moga setiap langkah kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Salam Maal Hijrah 1447H," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah “Membangun Ummah MADANI”, yang menekankan kepentingan umat Islam mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah dalam membina masyarakat yang inklusif dan bertamadun.

Tema berkenaan turut menyoroti usaha melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari sudut fizikal, malah unggul dari segi spiritual dan nilai murni.

-- BERNAMA 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan