JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS TERENGGANU BUKA 25 KERTAS SIASATAN KES TIPU CABUTAN BERTUAH

30/06/2025 06:34 PM

"Tindakan ini akan membolehkan suspek mendapat kawalan penuh terhadap peranti mangsa seterusnya membaca mesej TAC/OTP yang dihantar oleh bank dan mengakses aplikasi perbankan atau e-dompet.

"Suspek akan melakukan transaksi secara berkali-kali tanpa pengetahuan mangsa, menyebabkan kerugian sehingga puluhan ribu ringgit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak bank dan Bank Negara Malaysia bagi mengesan transaksi serta pemilik akaun keldai atau ‘mule account’.

Sehubungan itu Mohd Khairi menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran yang mencurigakan di laman sosial.

"Pengguna perlu membuat semakan dengan pihak bank terlebih dahulu melalui saluran rasmi jika menerima sebarang pautan meragukan.

"Jangan sesekali berkongsi maklumat OTP kepada mana-mana pihak dan laporkan segera kepada Scam Response Center (CCID) di talian 997 atau melalui portal https://semakmule.rmp.gov.my," katanya.

 

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan