AM

INSIDEN PUTRA HEIGHTS: TIADA UNSUR KHIANAT, KECUAIAN DIKENAL PASTI - KP SELANGOR

30/06/2025 08:11 PM

SHAH ALAM, 30 Jun (Bernama) -- Tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rumusan itu diperoleh hasil siasatan teknikal yang dilakukan susulan insiden letupan saluran paip gas bawah tanah berkenaan.

Beliau berkata pembinaan lot kedai pejabat dan penggantian paip pembentung di kawasan kejadian adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas.

“Pembinaan itu berada di zon penampan dengan jarak 40 meter dari paip gas Petronas,” katanya dalam sidang media laporan siasatan insiden letupan itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Husdin Che Amat. 

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan