BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI DIBUKA MENINGKAT

01/07/2025 10:46 AM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dibuka meningkat hari ini, seiring dengan prestasi kukuh asas pasaran tunai.

Pada 9.20 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2025 naik 8.0 mata kepada 1,541.0, Ogos 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,539.0 manakala September naik 7.0 mata kepada 1,520.0 dan Disember 2025 meraih 2.5 mata kepada 1,518.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,074 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 35,475 kontrak.

FBM KLCI meningkat 1.33 mata kepada 1,534.29 selepas 33 minit dagangan dijalankan berbanding 1,532.96 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan