DUNIA

INDONESIA PERMUDAH PERATURAN UNTUK PERNIAGAAN FRANCAIS

02/07/2025 12:04 AM

JAKARTA, 1 Julai (Bernama-Xinhua) -- Indonesia mempermudah syarat pendaftaran bagi syarikat yang ingin memfrancaiskan perniagaan mereka, dengan tujuan untuk melancarkan proses itu, lapor Xinhua.

Peraturan yang dipinda itu dinyatakan dalam Peraturan Menteri 2025 No. 25 mengenai Prosedur Pengeluaran Sijil Pendaftaran Francais oleh Pentadbiran Tempatan.

Dalam satu sidang media pada Isnin, Menteri Perdagangan Indonesia Budi Santoso berkata  perniagaan francais yang telah mendaftar untuk permit dan memperoleh sijil pendaftaran akan dibenarkan beroperasi di mana-mana wilayah, walaupun tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh lima hari bekerja.

Santoso menjelaskan  pindaan peraturan itu dibuat selepas kementeriannya mendapati pengeluaran sijil pendaftaran oleh kerajaan wilayah sering mengambil masa yang lama, sekali gus boleh menjejaskan kelancaran operasi perniagaan di seluruh negara.

Sebelum pelonggaran syarat ini, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa penuh dalam mengeluarkan sijil berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan