DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA RENDAH

07/07/2025 10:12 AM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.

Pada 9.30 pagi, kontrak Julai 2025 dan September 2025, masing-masing merosot 9.0 mata kepada 1,540.50 dan 1,519.50, Ogos 2025 berkurangan 8.5 mata kepada 1,539.0 dan Disember 2025 susut 10 mata kepada 1,517.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,068 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,956 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI merosot 12.49 mata kepada 1,537.60 selepas 49 minit dagangan daripada 1,550.19 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan