ANKARA, 14 Julai (Bernama-Anadolu) -- Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah Kepulauan Tanimbar di Indonesia pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GEOFON) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
GEOFON pada awalnya merekodkan gegaran itu pada magnitud 7.
Pusat gempa terletak kira-kira 167 kilometer dari bandar Tual di wilayah Maluku, pada kedalaman 65.7 kilometer.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan infrastruktur.
-- BERNAMA-ANADOLU