KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.
Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut namun poster yang bertulis ‘AKAN DATANG’ dikongsikan Anwar menerusi Facebooknya itu pantas mendapat perhatian netizen.
“Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” tertera dalam poster berkenaan.
Anwar berkongsi poster tersebut dengan kapsyen “Nantikan...”.
-- BERNAMA