DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

16/07/2025 10:20 AM

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 turun 10.0 mata kepada 1,523.0, manakala Ogos 2025, September 2025, dan Disember 2025 semuanya berkurangan 9.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,521.0, 1,502.50 dan 1,502.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,585 lot daripada 4,593 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,452 kontrak daripada 39,094 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 12.11 mata atau 0.79 peratus kepada 1,525.40 daripada paras penutup 1,537.51 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan