DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA RENDAH

16/07/2025 10:27 AM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Pada 9.35 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2025 susut 1.5 mata kepada 1,521.50, Ogos 2025 jatuh 1.0 mata kepada 1,520.0, September 2025 kekal tidak berubah pada 1,502.50 dan Disember 2025 merosot 3.0 mata kepada 1,499.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,141 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 36,006 kontrak.

Pada 9.43 pagi, FBM KLCI turun 0.43 mata kepada 1,524.97 berbanding penutupan semalam pada 1,525.40.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan