KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Bonin, Jepun pada 5.19 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa dengan kedalaman 502 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 794 km selatan dari Hamamatsu, Jepun.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA