AM

JEREBU: MASYARAKAT DINASIHAT JANGAN LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA 

19/07/2025 02:25 PM

SEREMBAN, 19 Julai (Bernama) -- Masyarakat di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi kualiti udara dan kesihatan awam ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Pengguna negeri S. Veerapan berkata walaupun bacaan IPU di negeri itu masih diparas sederhana, Jabatan Alam Sekitar (JAS ) akan pertingkatkan rondaan mencegah pembakaran terbuka.

Beliau berkata risiko kebakaran terbuka boleh berlaku terutamanya di kawasan ladang dan belukar yang mudah terbakar dalam keadaan cuaca kering.

“Buat masa ini orang ramai tidak boleh melakukan pembakaran terbuka dalam apa jua bentuk dan jika ada terlihat segera melaporkan sebarang aktiviti pembakaran ke JAS.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar jika bacaan Indeks IPU melebihi paras tidak sihat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata keadaan berjerebu di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung ketika ini adalah kesan langsung daripada peningkatan aktiviti titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan